Search

Muafakat Nasional perlu diterjemahkan pada PRK Tan...

  • Share this:

Muafakat Nasional perlu diterjemahkan pada PRK Tanjung Piai. PRU14 yang lalu dalam BN dilanda tsunami, calon BN Wee Jeck Seng hanya kalah 565 undi kepada calon PH. Tidak ada masaalah jika pucuk pimpinan mencalonkan sekali lagi Wee Jeck Seng pada PRK kali ini kerana beliau boleh menjayakan agenda Muafakat Nasional yang sedang kita tawarkan kepada rakyat Malaysia baik Melayu, Cina, India dan lain -lain bangsa. Inilah kesempatan yang terbaik untuk kita semua lihat kemampuan Muafakat Nasional.

Apa pun terserah kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional dalam soal menentukan calon yang layak bagi PRK kali ini. InsyaAllah Aku akan turun bantu kempen berkampung di Tanjung Piai bagi memanstikan kemenangan Muafakat Nasional.

Isnin nanti SPR akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian bagi PRK Tanjung Piai.

*** Mohon jangan mudah terpengaruh dengan gerak kerja yang pihak DAP sedang lakukan hari ini dengan memainkan sentimen perkauman. Jangan masuk perangkap DAP.

#sirazri
#prktanjungpiai
#muafakatnasional


Tags:

About author
not provided
An Ofiicial Fanpage for Muhammad Azri @ Sir Azri @ Papa Azri
View all posts